Monday 14 August 2017

Filled Under:

Ikan Aneh Ini Hanya Boleh Ditemui di Lautan Dalam


Ketika kita berenang di laut yang cukup dalam masa diving, mungkin tubuh kita harus menyesuaikan dengan tekanan yang ada. Jika tidak, kita akan meninggal dunia kerana tekanan yang kuat. Demikian juga ikan, mempunyai tahap kedalaman, di mana mereka boleh hidup.

Pada catatan rekod sebelumnya, ikan Snailfish berjaya mencatatkan rekod sebagai ikan yang mampu hidup di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Namun rekod baru dicatatkan oleh ikan snailfish di  Mariana
Trench, yang merupakan laut paling dalam yang pernah tercatat.

Ikan snailfish atau ikan siput ini, ternyata mampu hidup di kedalaman lebih daripada 8,000 meter, tepatnya 8.145 meter di bawah permukaan laut. Ikan ini ditemui dalam rangkaian ekspedisi, untuk melihat kehidupan di laut dengan kedalaman ekstrem.

Dalam sebuah video, ikan ini mempunyai mata yang sangat kecil, dengan kepala yang cukup besar. Ukurannya dperkirakan sebesar lengan manusia.



"Ini adalah ikan laut dalam yang belum pernah kita lihat sebelum ini, tidak seperti yang kami bayangkan dan ketahui. Ini benar-benar sangat pelik, sayap besarnya berfungsi seperti sirip, dan kepaknya seperti tidak seimbang," kata Dr Alan Jamieson dari Universiti Aberdeen.

Kajian ini menggunakan kapal selam khas, yang tahan akan tekanan yang cukup tinggi, dan juga dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi, yang diberi nama Hadal Lander yang dicipta di Aberdeen.









1 comments:

Nuffnang Ads

Followers