Saturday 20 January 2018

Filled Under:

Pasti Anda Kagum Layanan di Hotel Pelik Ini.


Sebuah hotel di Edinburgh, Scotland, menawarkan perkhidmatan romantis dengan konsep yang unikdan istimewa pada pelanggannya. Uniknya, hotel ini mempunyai konsep seperti filem "Fifty Shades of Grey". Hotel unik ini ialah hotel Nira Caledonia.

Hotel Nira Caledonia melancarkan sebuah pakej khas lengkap yang diberi nama "50 plaids of Wa-hay". Perkhidmatan ini dikhususkan bagi para pelanggan yang mahukan sensasi romantis dan mewah ala filem "Fifty Shades of Grey".



 Pelbagai kemudahan yang didapatkan dari perkhidmatan ini juga bukan calang-calang, seperti welcome drink, bilik Jakuzi Suite dengan reka bentuk yang elegan, dan urutan aroma terapi. Tidak hanya itu, pelanggan juga boleh menikmati makan malam mewah di Blackwoods Bar & Grill, sarapan pagi ala Scotland dan seorang pelayan peribadi yang selalu siap sedia selama 24 jam.


Kemudahan terakhir yang akan diberikan untuk pelanggan adalah satu kotak hitam yang mengandungi "mainan" termasuk feather tickler, gari berbulu dan beberapa strawberi yang dicelup di dalam sos coklat. Perkhidmatan yang ditawarkan memang sesuai dengan motto hotel tersebut iaitu "Sambutlah sisi nakal anda dengan pakej seksi ini".





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers